CWorks - The Easy Route to Maintenance Reports
HOME

PRODUCT

DOWNLOAD

SUPPORT

BUY

CUSTOMER

COMPANY

USER STORIES
CWORKS NEWS :

 


CWorks Systems Berhad dan Business & Advance Technology Centre (BATC), Universiti Teknologi Malaysia bekerjasama didalam penyampaian Program Eksekutif Diploma Pengurusan Penyenggaraan yang akan memberi ruang kepada peluang-peluang  yang terbuka luas dalam Industri Penyelenggaraan di Malaysia.
 
Satu lagi langkah yang menarik dan inovatif daripada CWorks untuk memupuk rasa kesedaran betapa penting dan mendesaknya “budaya penyelenggaraan” meliputi pelbagai industri dan sektor-sektor kerajaan diMalaysia. CWorks mengumumkan hari ini usahasama terbaru dengan BATC-UTM dalam program berinovatif dan pembelajaran berpengkalankan pengalaman, khususnya dalam bahagian pengurusan penyenggaraan.
 
Kerjasama ini telah memajukan satu program inovatif dikenali sebagai “Diploma Eksekutif Dalam Pengurusan Penyenggaraan”. Kursus ini telah direka oleh pengamal-pengamal penyenggaraan untuk pengamal-pengamal penyenggaraan dan ia memenuhi keperluan-keperluan industri-industri dengan penumpuan atas berbagai-bagai falsafah-falsafah penyenggaraan yang berbeza, strategi-strategi, dan proses-proses kerja, serta alat-alat pengurusan penyenggaraan terkini.
 
Dengan pengenalan Program Pengurusan Penyenggaraan yang memang lama dinanti-nantikan di Malaysia, CWorks-BATC telah membuat satu langkah penting didalam menyediakan satu platform untuk lonjakan dan peningkatan dalam penyampaian khidmat industri penyenggaraan. Program ini juga memperkenalkan peluang lebih baik untuk pembekal-pembekal penyenggaraan dilengkapi dengan pengetahuan terbaru dan terbaik.
 
Cita-cita CWorks untuk menjana kesedaran dan pengetahuan berkaitan Pengamalan Penyenggaraan Baik melalui pembelajaran dimulakan seawal tahun ini bersama BATC-UTM. Selain daripada keuntungan hasil kerjasama ini, CWorks juga menjangkakan mendapat punca keuntungan sampingan melalui pelajar-pelajar yang telah diperkenalkan dengan penggunaan system penyenggaraan CWorks CMMS didalam program ini. Inisiatif ini dijangka akan mendapat kesan sepenuhnya pada tahun 2008 walaupun ianya sudah pun mula beroperasi dipertengahan tahun ini.
 
Sejak mula beroperasi pada June 2007, program ini buat masa ini hanya dijalankan di Kuala Lumpur dibawah penyeliaan BATC-UTM. Program ini mengandungi 12 modul dan setiap satu modul dijalankan sebulan di satu hujung minggu. Sesuai untuk pekerja-pekerja yang ingin mempertingkatkan taraf pengetahuan penyenggaraan disamping mendapat diploma, program ini mengambil masa selama 12 bulan. Selain dari itu program ini boleh dituntut melalui HRDF and KWSP. Kemudahan pinjaman bank juga disediakan bagi pelajar yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut tentang program ini, sila emel kepada info@cworks.com.my atau mdfaizal@cworks.com.my .
 
 
Abdul Rani Ahmed, Ketua Pegawai Eksekutif CWorks, berkata, "Berbeza dari beberapa kursus lain, yang pendekatannya yang lebih banyak berbentuk teori, penekanan program ini adalah lebih mengenai bagaimana untuk melaksanakan teknik-teknik kerja pengurusan penyenggaraan  dan membawa perubahan mengikut realiti persekitaran, dan kita mempercayai bahawa ini akan terus memberi tarikan kepada program sebegini.



Mengenai CWorks


CWorks Systems Berhad, sebuah syarikat Malaysia khusus didalam Sistem Pengurusan Penyenggaraan Berkomputer (CMMS) diuruskan di Malaysia dan Amerika Syarikat oleh sekumpulan pengamal-pengamal penyenggaraan dan teknologi maklumat yang mempuyai gabungan lebih daripada 60 tahun pengalaman dalam penyenggaraan dan IT daripada pertubuhan-pertubuhan tempatan dan multinasional di banyak negara. Disamping pengalaman dalam penyenggaraan dan IT, kepakaran pasukan CWorks  termasuk pengalaman pelaksanaan CMMS yang luas dipelbagai lokasi antarabangsa dalam bentuk persekitaran termasuk LANs, WANs, dan pusat-pusat panggilan.
 
Gabungan pengetahuan pasukan CWorks membolehkan CWorks Systems untuk mengeluarkan produk Sistem Pengurusan Penyenggaraan Berkomputer (CMMS) yang betul-betul bersesuaian dengan kehendak dan keperluan yang dihasilkan oleh pengamal-pengamal untuk pengamal-pengamal penyenggaraan. CWorks berpendekatan wajar untuk pengurusan penyenggaraan bukan sahaja kemampuannya tetapi kerana ia direka dan dilaksanakan pengamal-pengamal  berpengalaman yang memahami kos-kos yang terlibat dengan penyenggaraan aset, keberkesanan pengendalian, dan perlunya pembaikan berterusan.
 
Aktiviti-aktiviti utama CWorks adalah dalam reka, pembangunan, pengeluaran dan sokongan Sistem Pengurusan Penyenggaraan Berkomputer CWorks atau "CWorks Computerized Maintenance Management System (CMMS)". Berikut dengan kejayaan jualan di Amerika Utara, pada 2005 CWorks menubuhkan sebuah anak syarikat, CWorks Systems Inc., di Amerika Syarikat bagi menjamin perkhidmatan pelanggan dan sokongan selepas jualan yang optima untuk pelanggan-pelanggan Amerika Utara.



Mengenai BATC-UTM
 
Business & Advance Technology Centre (BATC) merupakan satu Pusat Excellence Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan terletak diibu kota Kuala Lumpur. Pusat ini komited untuk menyediakan program berpandukan pembelanjaran berpangkalan pengalaman industri untuk mempromosikan profesional, peribadi dan perkembangan intelek dan untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran pengurusan dan keberkesanan eksekutif-eksekutif dan pengurus-pengurus bagi memenuhi cabaran yang akan dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan pada hari ini.
 
BATC telah ditubuhkan pada 1992 sebagai satu inisiatif kerajaan bawah arahan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai satu hasil kerjasama di antara UTM dan Warwick Manufacturing Group (WMG) UK. WMG adalah sebahagian dari University of Warwick School Engineering. BATC adalah pusat yang ketiga disediakan di atas dasar kerjasama dengan WMG. Lain-lain  pusat bertempat di China, India, Thailand dan Singapura.
 
BATC adalah disasarkan sebagai satu alasan pembelajaran untuk menyediakan program-program berpangkalan pengetahuan dan pengalaman kelas tertinggi bagi membantu industri Malaysia bersaing dengan jayanya di pasaran-pasaran global yang pesat berubah. Sehinga kini, lebih daripada 1000 pekerja profesional daripada sektor korporat serta Kerajaan telah mendapat faedah daripada BATC melalui  ijazah sarjana dan program pembangunan eksekutif.




Hubungi:
 
Abd Malik Mohd Din, Chief Marketing Officer
Email: malik@cworks.com.my
H/P No: +6 017 8888 110
 
Nik Yuslynda Kamaruddin, Marketing Executive
Email: yuslynda@cworks.com.my
H/P No: +6 012 2484 473
 
CWorks Systems Berhad
Block G1&G2, UPM-MTDC Technology Incubation Centre One,
Lebuh Silikon, Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor, Malaysia.
Tel No: +603 8656 9041/9042
Fax No: +603 8656 9043
Email: info@cworks.com.my
URL: www.cworks.com.my

 
Copyright (c)  2002-2008 CWORKS SYSTEMS BERHAD. All rights reserved.

Terms of Use | Privacy Policy