CWORKS RELEASE :
CWORKS LANCARKAN SISTEM PENGURUSAN HARTA MODAL e-HARTA
Kuala Lumpur, Malaysia (14 September 2007)
Dalam keghairahan kerajaan mengembeling
usaha-usaha mengatasi kes-kes kerosakan,
keretakkan, kebocoran dan kegagalan aset, alat
atau sistem untuk berfungsi dengan sempurna,
baru-baru ini telah diadakan Konvensyen
Pengurusan Aset dan Fasiliti Nasional (NAFAM).
Satu-satunya isu asas didalam pengurusan harta
yang telah diutarakan ialah tentang kedapatan
data-data harta dan alatan yang menyeluruh.
Data-data harta ini amat penting kerana ia
adalah asas kepada mana-mana inisiatif
pengurusan, pemantauan dan penyenggaraan. Tanpa
data harta, kita tidak akan tahu apa bentuk
harta dan kapasiti harta yang ada dalam
pemilikan juga pemerolehan kerajaan, di manakah
lokasi atau kedudukan semasa harta itu, skor
sejarah perolehan harta tersebut, soalan adakah
harta ini disenggara dengan sempurna, apakah ada
sebarang laporan kerosakan sebelum ini dan
berbagai-bagai lagi informasi mengenai tadbir
urus harta berkenaan. Konsep pengurusan kewangan
berhemah [prudent financial management] tidak
dapat diberikan justifikasi tepat, tanpa data
dan maklumat tadbir urus harta yang cekap dan
sistematik.
Pada dasarnya kerajaan Malaysia sudah mempunyai
polisi dan aturcara khusus di dalam pengurusan
harta termasuk daftar harta, pemindahan, pindah
milik, dan pelupusan. Polisi-polisi ini dengan
jelas diperbentang dan diperinci dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 –
Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan bertarikh
2 Mac 2007 terbitan khusus Perbendaharaan
Malaysia.
Menyedari akan keperluan data dan informasi
harta kerajaan yang seragam di seluruh agensi
kerajaan, CWorks System Berhad sejak tahun 2005
mengambil pendekatan proaktif, menawarkan
perkhidmatan untuk membangunkan sistem
pengurusan harta modal secara ‘pilot’ dengan
Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Sistem ini
yang dinamakan sebagai e-Harta telah diubah suai
untuk memenuhi keperluan dan kehendak Pekeliling
Perbendaharaan terkini pada tahun 2007. Versi
terbaru ini telah dibangunkan dengan keperluan
format borang-borang kewangan yang baru. Di
samping membangunkan e-Harta yang memenuhi
Pekeliling Perbendaharaan, CWorks telah
melengkapi sistem e-Harta ini dengan beberapa
modul tambahan disesuaikan menerusi kepakaran
dan pengalaman di dalam sistem penyenggaraan dan
pengawasan kerja-kerja berkala. Sistem e-Harta
yang terkini merangkumi modul yang lengkap dan
menyeluruh untuk keperluan dan kehendak agensi
kerajaan. Ia terdiri daripada Modul Harta Modal;
Modul Inventori; Modul Bekalan Pejabat; Modul
Pengurusan Stor; Modul Pergerakan Harta &
Inventori; Modul Pemesanan; Modul Pesanan &
Pembaikan Kerosakan; Modul Senggaraan; dan Modul
Laporan. Untuk pengetahuan lanjut sila layari:
www.cworks.com.my/eharta
“Keperluan data harta adalah asas penting
sebagai landasan utama penyediaan bagi tujuan
pengurusan dan pemantauan harta dan senggaraan
kepada mana-mana agensi kerajaan” tambah En.
Abdul Rani, Ketua Pegawai Eksekutif CWorks
Systems Berhad.
Kini e-Harta telah berjaya menarik beberapa buah
agensi kerajaan dan majlis tempatan yang peka
dan insaf akan keperluan segera sistem sebegini
untuk mengawal-selia semua harta modal kerajaan
dan memantau kerja-kerja pembaikan dan
penyenggaraan harta. CWorks sebagai sebuah
syarikat penghasilan MSC telah berjaya menembusi
pasaran dunia, juga siap siaga membangun sistem
pengurusan dan penyenggaraan harta untuk
penggunaan agensi kerajaan sebagai satu usaha
membantu misi nasional menyediakan kaedah kepada
agensi kerajaan memantau pengurusan dan
penyenggaraan harta negara.
Berkenaan CWorks Systems Berhad:
CWorks Systems Berhad ialah sebuah syarikat MSC
Malaysia khusus dalam bidang penyediaan,
pembangunan dan sokongan perisian Sistem
Pengurusan & Penyenggaraan Berkomputer CWorks
atau CWorks CMMS. Berdaftar pada tahun 2001,
CWorks kini telah disenaraikan di Bursa Malaysia
MESDAQ (CWorks:0079) dan berjaya menjadi salah
satu perisian CMMS pilihan dan terutama di dunia.
Rekod kejayaan memasarkan produk CWorks CMMS di
lebih 80 buah negara dan senarai lebih 1,500
pelanggan berbayar merupakan kayu pengukur
keantarabangsaan dan pilihan pasaran global.
Bersandarkan gabungan pengetahuan dan pengalaman
pasukan kerja dan pengurusan CWorks, syarikat
ini berupaya menyediakan produk CMMS yang amat
sesuai dan relevan untuk kegunaan semasa. Ini
kerana ianya dihasilkan oleh para penggamal
sistem yang menguasai disiplin dan pengetahuan
berkenaannya. CWorks ialah satu-satunya
pendekatan dan pilihan penyelesai sistem yang
wajar dinilai dan dimiliki dalam aspek
pengurusan penyenggaraan kerana ianya bukan
sahaja berdaya maju dan berdaya saing tinggi
malahan ianya dibangunkan oleh penggamal yang
berpengalaman dan memahami kos berkaitan
penyenggaraan harta, keberkesanan pengendalian
dan keperluan pembaikan berterusan.
Berikutan kejayaan jualan di Amerika Utara, pada
tahun 2005, CWorks telah menubuhkan anak
syarikat pertama CWorks Systems Inc., beralamat
di Buffalo, New York. Lanjutan tersebut, kini
CWorks melebar sayapnya dengan adanya pejabat
perwakilan di Beijing, China dan Jakarta,
Indonesia.
Untuk pengetahuan lanjut layari
www.cworks.com.my
Hubungi Penyunting Berita:
Abd Malik Mohd Din
malik@cworks.com.my
Cworks Systems Berhad
Tel: +603-86569041/42
|